2011年10月20日星期四

Measuring volume by Peter Weatherall

Marina Bohari - Saringgit (One Ringgit) - Rentak Cilik

Ringgit malaysia



Wang Kertas Ringgit Malaysia

Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Nama "Ringgit" berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan.
Pada 1837, mata wang Rupee India digunakan sebagai mata wang rasmi di penempatan selat (iaitu Negeri negeri Selat) tetapi pada 1867, dollar perak digunakan semula. Pada 1903, dollar Selat dipaut pada 2 shilling dan empat pence (mata wang Britain ketika itu) selepas diperkenalkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang (Board of Commissioners of Currency). Bank-bank swasta dilarang mengeluarkan wang kertas. Namun penggunaan berterusan mata wang ini terhenti akibat penaklukan Jepun pada 1942 hingga 1945 dan apabila mata wang ini dinilai semula berdasarkan Pound Sterling pada 1967. Ini mengakibatkan nilai wang Selat susut sebanyak 15% daripada nilai asal.
Mulai bulan Ogos 1975, nama "Ringgit" diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.
Sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997, mata wang ringgit dipaut pada dollar Amerika Syarikat pada kadar tetap iaitu RM 3.80 untuk satu dollar AS.
Pada 12 Julai 2005, Bank Negara menamatkan pemautan mata wang ringgit kepada dollar Amerika Syarikat selepas China mengumumkan penamatan pautan renminbi kepada dollar. Menurut Bank Negara, Malaysia akan membenarkan ringgit untuk dioperasi dengan apungan terkawal dengan beberapa mata wang utama. Ini menyebabkan nilai mata wang ringgit naik menghampiri aras nilai pasaran yang dapat diterima . Walaupun begitu, Bank Negara ada bercampur tangan dalam pasaran kewangan untuk mengekalkan kestabilan di dalam dagangan ringgit.


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.







 

Malaysian Ringgit (MYR) Currency Exchange Rate Conversion Calculator

http://coinmill.com/MYR_calculator.html

2011年10月18日星期二

Sekolah saya


SJK(C)BATU DUA BELAS,TELUK INTAN.
Sekolah saya.


Murid tahun 5,terdiri daripada 16 orang. Saya adalah guru kelas mereka.

2011年10月16日星期日

Minggu peperiksaan

Minggu peperiksaan sekolah saya 18.10.2011 hingga 24.10.2011


PPSMI-- Kertas soalan (Mathematics Year 2)

2011年10月14日星期五

sanarai kandungan matematik sekolah rendah

  • Pendidikan di peringkat sekolah rendah bercorak pedidikan asas.  Perancangan kurikulum ini dilakukan untuk memberi peluang yang sama kepada setiap murid bagi mendapat kemahiran dan pengetahuan serta menghayati nilai yang diperlukan.  Setiap murid diberi galakan dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh.  Peluang juga disediakan untuk membolehkan mereka mengembangkan bakat dan minat serta daya kreatif dalam bidang tertentu. 
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) memberikan pendidikan matematik yang asas kepada semua murid dalam Tahap I dan menegaskan penggunaan matematik dalam situasi seharian dalam Tahap II.  Di samping itu kemahiran belajar dan kemahiran berfikir diserapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran.  
Mata pelajaran Matematik dalam KBSR ini juga memberi tumpuan kepada penghafazan beberapa fakta yang berkaitan dengan empat operasi asas, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.  Proses pengajaran dan pembelajaran matematik menegaskan penguasaan bahasa matematik, konsep dan prosedur.  
Pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua murid.  Untuk tujuan ini penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran serta latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid perlu diambil kira.  Perhatian juga perlu diberi kepada daya dan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan murid. 
 
 

MATLAMAT  


  • Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah adalah untuk membina dan mengembangkan murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira.  Kedua-dua aspek ini dapat digunakan dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh bertanggungjawab.  Selain itu murid dapat menghargai kepentingan dan keindahan matematik.  Ilmu matematik dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berdisiplin sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara yang maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran.
     
 

OBJEKTIF

  
  • Objektif pendidikan matematik sekolah rendah adalah untuk  membolehkan murid-murid:  
    • menguasai kemahiran menulis angka,membilang dan menyatakan nilai tempat;
    • menguasai kemahiran dalam keempat-empat operasi, iaitu tambah, tolak, darab, dan bahagi;
    • menyatakan waktu dan menentukan tempoh masa serta nilai wang;
    • mengenal dan menamakan bentuk dan pepejal geometri serta mengetahui ciri-cirinya;
    • menyelesaikan masalah yang melibatkan bilangan, sukatan, timbangan, wang, jarak, ruang, dan masa;
    • membuat anggaran dan penghampiran; dan
    • merekod dan membaca sekumpulan data dalam bentuk jadual dan graf yang mudah.  


ORGANISASI KANDUNGAN   

  
  • Sukatan Pelajaran ini menyenaraikan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah.  Kemahiran-kemahiran tesebut dikelompokkan di bawah tajuk-tajuk berikut : 
      
    • Nombor Bulat dan Operasi
    • Pecahan dan Operasi
    • Perpuluhan dan Operasi
    • Wang
    • Ukuran dan Sukatan  
    • Ruang
    • Purata
    • Peratus
    • Graf
Bagi setiap tajuk tersebut, kemahirannya telah disusun secara hierarki daripada yang paling asas kepada yang lebih tinggi.  Dengan cara ini guru akan dapat melihat perkembangan dan skop tiap-tiap tajuk dengan mudah.  Cara ini juga memberi kelonggaran kepada guru untuk merancang pemenggalan kemahiran bagi setiap penggal atau tahun mengikut kebolehan dan kecerdasan murid.  Aspek penyelesaian masalah telah diintegrasikan dalam setiap tajuk apabila sesuai.  
 
 

SENARAI KANDUNGAN

  

NOMBOR BULAT DAN OPERASI

  
  • Nombor Bulat

·       Menyatakan kuantiti melalui perbandingan: banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, dan lebih atau kurang.
·       Menamakan dan menentukan nilai nombor hingga 10.
·       Menulis angka hingga 10.
·       Melengkapkan sebarang rangkaian nombor secara membilang satu-satu hingga 10. 
·       Menamakan dan menentukan nilai nombor hingga 20.
·       Menulis angka hingga 20.
·       Melengkapkan sebarang rangkaian nombor secara membilang satu-satu hingga 20.
·       Menamakan dan menentukan nilai nombor hingga 50.
·       Menulis angka bagi sebarang nombor hingga 50.
·       Melengkapkan sebarang rangkaian nombor secara membilang satu-satu hingga 50.
·       Menentukan nilai tempat puluh dan sa bagi sebarang nombor hingga 50.
·       Menulis angka dalam bentuk panjang puluh dan sa bagi sebarang nombor hingga 50.
·       Menamakan dan menentukan nilai nombor hingga 100.
·       Menulis angka bagi sebarang nombor hingga 100.
·       Melengkapkan sebarang rangkaian nombor secara membilang dua-dua, tiga-tiga, empat-empat dan lima-lima hingga 50.
·       Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga 100.
·       Menulis angka dalam bentuk panjang puluh dan sa bagi sebarang nombor kurang daripada 100.
·       Menamakan dan menentukan nilai nombor hingga 1000.
·       Menulis angka bagi sebarang nombor hingga 1000.
·       Melengkapkan sebarang rangkaian nombor secara membilang enam-enam, tujuh-tujuh, lapan-lapan, sembilan-sembilan dan sepuluh-sepuluh sehingga 100.
·       Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga 1000.
·       Membundarkan sebarang nombor dua digit atau tiga digit kepada puluh yang terdekat.
·        Menamakan sebarang nombor hingga 10 000.
·       Menulis angka bagi sebarang nombor hingga 10,000.
·       Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga 10 000.
·       Membundarkan sebarang nombor hingga empat digit kepada puluh dan ratus yang terdekat.
·       Menamakan sebarang nombor hingga 100 000.
·       Menulis angka bagi sebarang nombor hingga 100 000.
·       Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga 100 000.
·       Membundanrkan sebarang nombor hingga lima digit kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat.
·       Menamakan sebarang nombor hingga tujuh digit.
·       Menulis angka bagi sebarang nombor hingga tujuh digit.
·       Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga tujuh digit.
·       Membundarkan sebarang nombor hingga tujuh digit kepada puluh, ratus, ribu, dan puluh ribu yang terdekat.
  • Tambah
  
o      Menulis ayat matematik bagi operasi tambah melalui proses penyatuan yang melibatkan dua nombor satu digit, hasil tambahnya tidak lebih daripada 10.
o      Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah yang melibatkan dua nombor satu digit, hasil tambahnya tidak lebih daripada 10.
o      Menyatakan secara spontan fakta asas tambah yang melibatkan hasil tambah tidak lebih daripada 10.
o      Menulis ayat matematik bagi operasi tambah yang melibatkan dua nombor satu digit, hasil tambahnya hingga 18.
o      Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah yang melibatkan dua nombor satu digit, hasil tambahnya hingga 18.
o       Menyatakan secara spontan fakta asas tambah yang melibatkan nombor hingga 18.
o       Menulis pengiraan tambah dalam bentuk lazim yang melibatkan dua nombor satu digit.
o      Menyelesaikan masalah tambah dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 18.
o      Menambah sebarang dua nombor, satu digit dan gandaan sepuluh, hasil tambahnya tidak lebih daripada 50.
o      Menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit, tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 50.
o      Menambah sebarang dua nombor dua digit tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 50.
o      Menambah sebarang tiga nombor satu digit, hasil tambahnya tidak lebih daripada 18.
o      Menyelesaikan masalah tambah dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 50.  
o       Menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit, dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.
o      Menambah sebarang dua nombor dua digit dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.
o      Menambah sebarang tiga nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.
o      Menyelesaikan masalah tambah dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.
o      Menambah sebarang dua nombor, satu digit dan tiga digit, dua digit dan tidak digit atau tida digit dan tiga digit, dengan mengumpul semula dari sa ke puluh.
o      Menambah sebaran dua nombor, dua digit dan dua digit, dua digit dan tiga digit atau tiga digit dan tiga digit, dengan mengumpul semula dari puluh ke ratus.
o      Menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit atau satu digit dan tiga digit, dengan mengumpul semula dari sa ke puluh dan puluh ke ratus.
o      Menambah sebarang dua nombor, dua digit dan dua digit, dua digit dan tiga digit atau tiga digit dan tiga digit, dengan mengumpul semula dari sa ke puluh dan puluh ke ratus.
o      Menambah sebarang dua nombor tiga digit, satu daripadanya mengandungi sifar, dengan mengumpul semula dari sa ke puluh dan puluh ke ratus
o      Menambah sebarang tiga nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 1000.
o      Menyelesaikan masalah tambah dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 1000.
o      Menambah sebarang dua nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 10 000.
o      Menambah hingga empat nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 10 000.
o      Menyelesaikan masalah tambah yang melibatkan hingga empat nombor dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 10 000.
o      Menambah sebarang dua nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100 000.
o      Menambah hingga empat nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100 000.
o      Menyelesaikan masalah tambah yang melibatkan hingga empat nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100 000.
o      Menambah sebarang dua nomhor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 1 000 000.
o      Menambah hingga lima nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 1 000 000.
o      Menyelesaikan masalah tambah yang melibatkan hingga lima nombor dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 1 000 000.
   
Tolak
  
o      Menulis ayat matematik bagi operasi tolak melalui proses pengasingan yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 10.
o      Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 10.
o      Menyatakan secara spontan fakta asas tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 10.
o      Menulis ayat matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 18 dan bakinya nombor satu digit.
o      Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 18 dengan nombor satu digit dan bakinya nombor satu digit.
o      Menyatakan secara spontan fakta asas tolak yang melibatkan nombor hingga 18.
o      Mencari beza antara dua nombor melalui proses perbandingan melibatkan fakta asas tolak.
o      Menulis pengiraan tolak dalam bentuk lazim yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 18 dan bakinya nombor satu digit.
o      Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor tidak lebih daripada 18.
o      Menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor yang tidak lebih daripada 50 tanpa mengumpul semula.
o      Menolak sebarang nombor gandaan sepuluh daripada sebarang nombor yang tidak lebih daripada 50 tanpa mengumpul semula.
o      Menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor yang tidak lebih daripada 50 tanpa mengumpul semula.
o      Menolak berturut-turut dua nombor satu digit daripada sebarang nombor tidak lebih daripada 18.
o      Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor tidak lebih daripada 50 tanpa mengumpul semula.
o      Menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor gandaan sepuluh hingga 100 dengan mengumpul semula.
o      Menolak semula nombor satu digit daripada sebarang nombor hingga 100 dengan mengumpul semula.
o      Menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor hingga 100 dengan mengumpul semula.
o      Menolak dua nombor berturut-turut daripada sebarang nombor dua digit.
o      Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor hingga 100 dengan mengumpul semula.
o      Menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor tiga digit dengan mengumpul semula dari puluh ke sa.
o      Menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor tiga digit dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh.
o       Menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor tiga digit dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa
o      Menolah sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor tiga digit dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa.
o       Menolak sebarang nombor tiga digit daripada sebarang nombor tiga digit dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa.
o      Menolak sebarang nombor tiga digit daripada sebarang nombor gandaan seratus dengan mengumpul semula.
o       Menolak sebarang nombor tiga digit daripada sebarang nombor tiga digit yang mengandungi sifar dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa.
o      Menolak sebarang nombor daripada 1 000.
o      Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga 1 000.
o      Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor tidak lebih daripada 1 000 dengan mengumpul semula.
o      Menolak sebarang nombor daripada sebarang nombor yang tidak lebih daripada 10 000 dengan mengumpul semula.
o      Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor yang tidak lebih daripada 10 000.
o      Menolak sebarang nombor dairpada sebarang nombor yang tidak lebih daripada 100 000 dengan mengumpul semula.
o      Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor yang tidak lebih daripada  100 000.
o      Menolak sebarang nombor daripada sebarang nombor yang tidak lebih daripada        1 000 000.
o      Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor yang tidak lebih daripada 1 000 000.
   
Darab
   
o      Menulis ayat matematik bagi operasi darab melalui proses tambah berulang.
o      Melengkapkan ayat matematik bagi operasi darab hingga sifir lima.
o      Menyatakan secara spontan fakta asas darab hingga 9 x 5.
o      Menyelesaikan masalah darab yang melibatkan fakta asas darab hingga 9 x 5.
o      Melengkapkan ayat matematik bagi operasi darab hingga sifir sembilan.
o      Menyatakan secara spontan fakta asas darab hingga 9 x 9.
o      Menulis pengiraan darab dalam bentuk lazim hingga 9 x 9.
o      Menyelesaikan masalah darab yang melibatkan fakta asas darab hingga 9 x 9.
o      Mendarab sebarang dua nombor, gandaan sepuluh dan satu digit.
o      Mendarab sebarang dua nombor, dua digit dan satu digit, dengan mengumpul semula dari sa ke puluh.  
o      Mendarab sebarang dua nombor, dua digit dan satu digit, dengan mengumpul semula dari sa ke puluh dan puluh ke ratus.
o      Menyelesaikan masalah darab yang melibatkan sebarang dua nombor, dua digit dan satu digit, dengan mengumpul semula dan hasil darabnya kurang daripada 1 000.
o      Mendarab sebarang dua nombor, tiga digit dan satu digit, dengan mengumpul semula dan hasil darabnya kurang daripada 10 000.
o      Mendarab sebarang  dua nombor, dua digit dan dua digit, dengan mengumpul semula dan hasil darabnya kurang daripada 10 000.
o      Menyelesaikan masalah darab yang hasil darabnya kurang daripada 10 000.
o      Mendarab sebarang dua nombor, empat digit dan satu digit, dengan mengumpul semula dan hasil darabnya kurang daripada 100 000.
o      Mendarab sebarang dua nombor, tiga digit dan dua digit, dengan mengumpul semula dan hasil darabnya kurang daripada 100 000.
o      Menyelesaikan masalah darab yang hasil darabnya kurang daripada 100 000.
o      Mendarab sebarang dua nombor, lima digit dan satu digit atau enam digit dan satu digit, dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 1 000 000.
o      Mendarab sebarang dua nombor, empat digit dan dua digit, dengan mengumpul semula dan hasil darabnya kurang daripada 1 000 000.
o      Mendarab sebarang nombor tiga digit dengan 100.
o      Mendarab sebarang nombor tiga digit dengan 1 000.
o      Menyelesaikan masalah darab yang hasil darabnya tidak lebih daripada 1 000 000.
 
Bahagi
o      Menulis ayat matematik bagi operasi bahagi melalui proses
§         a. pengumpulan  b. pengongsian
o      Melengkapkan ayat matematik bagi operasi bahagi, songsangan fakta asas darab hingga sifir lima.
o      Menyatakan secara spontan fakta asas bahagi hingga 45 ¸ 5.
o      Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan fakta asas bahagi hingga 45 ¸ 5
o      Melengkapkan ayat matematik bagi operasi bahagi, songsangan fakta asas darab hingga sifir sembilan.
o      Menyatakan secara spontan fakta asas bahagi hingga 81 ¸ 9.
o      Menulis pengiraan bahagi dalam bentuk lazim hingga 81 ¸ 9.
o      Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan fakta asas bahagi hingga 81 ¸ 9.  
o      Membahagi sebarang nombor yang kurang daripada 1 000 dengan sebarang nombor satu digit dengan mengumpul semula dari puluh ke sa, berbaki dan tanpa baki.
o      Membahagi sebarang nombor yang kurang daripada 1 000 dengan sebarang nombor satu digit dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh, berbaki dan tanpa baki.
o      Membahagi sebarang nombor yang kurang daripada 1 000 dengan sebarang nombor satu digit dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa, berbaki dan tanpa baki.
o      Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 1 000 dengan sebarang nombor gandaan sepuluh dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
o      Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 1 000 dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
o      Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 1 000 dengan sebarang nombor dua digit dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
o      Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 10 000 dengan sebarang nombor dua digit dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
o      Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 10 000 dengan sebarang nombor dua digit dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
o      Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 10 000 dengan 100 dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
o      Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan sebarang nombor tidak lebih daripada 10 000, berbaki dan tanpa baki.
o      Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 100 000 dengan sebarang nombor satu digit dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
o      Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 100 000 dengan sebarang nombor dua digit dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
o      Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 100 000 dengan 100 dan 1 000 dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
o      Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan sebarang nombor tidak lebih daripada 100 000, berbaki dan tanpa baki.
o      Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 1 000 000 dengan sebarang nombor satu digit dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
o      Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan sebarang nombor tidak lebih daripada 1 000 000, berbaki dan tanpa baki.
  
Operasi Bercampur

o      Melaksanakan operasi bercampur tambah dan tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 10 000.
o      Menyelesaikan masalah operasi bercampur tambah dan tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 10 000.
o      Melaksanakan operasi bercampur tambah dan tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 100 000.
o      Menyelesaikan masalah operasi bercampur tambah dan tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 100 000.
o       Melaksanakan operasi bercampur darab dan bahagi yang melibatkan nombor kurang daripada     100 000 tanpa baki.
o      Menyelesaikan masalah operasi bercampur darab dan bahagi yang melibatkan nombor kurang daripada 100 000.
o      Melaksanakan operasi bercampur yang melibatkan sebarang dua operasi daripada operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, nombornya kurang daripada 100 000.
o      Melaksanakan operasi bercampur yang melibatkan tanda kurung ( ).  Nomborya kurang daripada 100 000.
o      Menyelesaikan masalah harian dengan kaedah unitari.

  

PECAHAN DAN OPERASI


·       Menamakan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.
·        Menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.
·       Membandingkan nilai dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama hingga 10.
·       Membandingkan nilai sebarang dua pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya   hingga 10.
·       Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara.
·       Menulis pecahan wajar dalam bentuk termudah.
·       Membandingkan nilai sebarang dua pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.
·       Menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.
·       Menyatakan pecahan daripada satu kumpulan benda, yang penyebutnya hingga 10.
·        Menambah pecahan wajar yang penyebutnya sama hingga 10.
·       Menambah pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 dan tak sama.
·       Menambah nombor bercampur yang penyebut pecahannya hingga 10.
·       Menolak pecahan yang penyebutnya sama hingga 10.
·       Menolak pecahan yang penyebutnya hingga 10 dan tak sama.
·       Menolak nombor bercampur yang penyebut pecahannya hingga 10.
·       Mendarab pecahan dengan nombor bulat, penyebutnya hingga 10.
·       Menyelesaikan masalah yang melibatkan pecahan dan nombor bercampur. 
 
 

PERPULUHAN DAN OPERASI


·       Menukar pecahan persepuluh kepada perpuluhan.
·       Menukar pecahan persepuluh yang bernombor bulat kepada perpuluhan.
·       Menukar pecahan perseratus kepada perpuluhan.
·        Menukar pecahan perseratus yang bernombor bulat kepada perpuluhan.
·       Menukar pecahan perseribu kepada perpuluhan.
·       Menukar pecahan perseribu yang bernombor bulat kepada perpuluhan.
·       Menambah perpuluhan dengan perpuluhan dalam bentuk persamaan dan bentuk lazik hingga satu tempat perpuluhan.
·       Menambah perpuluhan dengan perpuluhan dalam bentuk persamaan dan bentuk lazim hingga dua tempat perpuluhan.
·       Menambah perpuluhan dengan perpuluhan dalam bentuk lazim hingga tiga tempat perpuluhan.
·       Menolak pepuluhan daripada perpuluhan dalam bentuk persamaan dan bentuk lazim hingga satu tempat perpuluhan.
·       Menolak perpuluhan daripada perpuluhan dalam bentuk persamaan danbentuk lazim hingga dua tempat perpuluhan.
·       Menolak perpuluhan daripada perpuluhan dalam bentuk lazim hingga tiga tempat perpuluhan.
·       Mendarab perpuluhan dengan nombor satu digit dan dua digit hingga satu tempat perpuluhan.
·       Mendarab perpuluhan dengan nombor satu digit dan dua digit hingga dua tempat perpuluhan.
·       Mendarab perpuluhan dengan nombor satu digit dan dua digit hingga tiga tempat perpuluhan.
·       Mendarab nombor hingga tiga tempat perpuluhan dengan 10 000 dan 1000.
·       Membahagi perpuluhan dengan nombor satu digit hingga tiga tempat perpuluhan.
·       Membahagi sebarang nombor tidak lebih daripada empat digit dengan 10 dan 100 hingga dua tempat perpuluhan.
·       Membahagi sebarang nombor tidak lebih daripada lima digit dengan 10 000 dan 1000 hingga tiga tempat perpuluhan.
 

WANG

   
·       Mengenal mata wang Malaysia hingga RM10.
·       Menentukan nilai duit syiling.
·       Menukar duit syiling.
·       Menentukan nilai wang kertas RM1 dan RM5.
·       Menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgit dan sen hingga RM10.  
·        Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nilai wang hingga RM10.
·       Menentukan nilai wang kertas RM10, RM20 dan RM50.
·       Menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgi dan sen hingga RM100.
·       Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nilai wang hingga RM100.
·       Menentukan nilai wang kertas RM100 dan RM500.
·       Menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgit dan sen hingga RM1000.
·       Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nilai wang hingga RM1000.
·       Menentukan nilai wang kertas RM1000.
·       Menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgi dan sen hingga RM10 000.
·       15. Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nilai wang hingga RM10. 000.
·       Menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgi dan sen hingga RM100 000.
·       Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nilai wang hingga RM100 000.

  •   
 

UKURAN DAN SUKATAN


  • Masa dan Waktu

o      Menamakan bahagian-bahagian dalam sehari :  Pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam.
o      Menyatakan waktu dalam jam.
o      Menyatakan waktu dalam jam dan minit.
o      Menyatakan waktu dalam pecahan jam.
o      Membaca maklumat daripada kalendar :  Hari, hari bulan, minggu, bulan dan tahun.
o      Membaca maklumat daripada jadual waktu.
o      Membina jadual harian diri.
o      Menentukan tempoh masa :  Saat, minit, jam.
o      Mendapatkan maklumat yang melibatkan tempoh masa daripada jadual waktu.
o      Membina jadual waktu.
o      Menyelesaikan masalah yang melibatkan jadual waktu.
o      Menentukan tempoh masa : hari, minggu, bulan, tahun, dekad, dan abad.
o      Menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan waktu dan masa bagi pekerjaan dan peristiwa.
o      Mengenal sistem 24 jam.
 
  
Ukuran Panjang
o      Mengenal unit meter. 
o      Mengukur dalam unit meter. 
o      Membuat anggaran dalam unit meter.
o      Menyelesikan masalah harian yang melibatkan unit ukuran meter. 
o      Mengenal unit sentimeter. 
o      Mengukur dalam unit sentimeter. 
o      Membuat anggaran dalam unit sentimeter. 
o      Menukar ukuran meter kepada sentimeter dan sentimeter kepada meter. 
o      Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan unit ukuran sentimeter dan meter. 
o       Mengenal unit milimeter. 
o      Menukar dripada satu unit kepada unit lain yang melibatkan meter, sentimeter, dan milimeter dengan menggunakan perpuluhan. 
o      Mengenal unit kilometer. 
o      Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan unit ukuran sentimeter, meter, dan kilometer. 
  
Timbangan Berat
   
o      Mengenal unit kilogram.
o      Menimbang dalam unit kilogram.
o      Membuat anggaran dalam unit kilogram.
o      Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan unit kilogram.
o      Mengenal unit gram.
o      Menimbang dalam unit gram.
o      Membuat anggaran berant dalam unit gram.
o      Menukar berat dalam kilogram kepada gram dan sebaliknya.
o      Menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan berat dalam unit kilogram dan unit gram.
Isipadu Cecair
o      Mengenal unit liter.
o      Menyukat dalam unit liter.
o      Membuat anggaran dalam unit liter.
o      Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan unit liter.
o      Mengenal unit mililiter.
o      Menyukat dalam unit mililiter.
o      Membuat anggaran isipadu cecair dalam unit mililiter.
o      Menukar isipadu cecair dalam unit lier kepada unit mililiter dan sebaliknya.
o      Menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan isipadu cecair dalam unit liter dan unit mililiter.
 

RUANG


  •  
    • Menamakan bentuk : segiempat samam segiempat tepat, segitiga sama sisi, segitiga sama kaki dan bulatan.
    •  Menyatakan ciri-ciri mudah bentuk : segiempat sama, segiempat tepat, segitiga sama sisi, segitiga sama kaki dan bulatan.
    • Menamakan pepejal : kubus, kuboid, piramid tapak segiempat sama, piramid tapak segiempat tepat, sfera, silinder, dan kon.
    • Menyatkaan ciri-ciri mudah pepejal : kubus, kuboid, piramid tapak segiempat sama, piramid tapak segiempat tepat, sfera, silinder, dan kon.
    • Melukis bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga, dan bulatan.
    • Menentukan perimeter bagi bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan.
    • Menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan perimeter.
    • Menyatakan ciri-ciri pemukaan dan rajah : permukaan melengkung dan satah; rajah tertutup dan rajah terbuka.
    • Menytakan panjang dan lebar bentuk segiempat sama dan segiempat tepat.
    • Menyatakan tapak dan tinggi segitiga.
    • Menentukan luas segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga.
    • Menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan luas.
    • Menentukan isipadu kubus dan kuboid.
 

PURATA


  •  
    •  Mengira purata bagi dua hingga lima kuantiti, setiap nombornya tidak lebih daripada 1000.
    • Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan purata berkaitan dengan ukuran panjang, timbang berat, isipadu cecair, masa, wang dan bilangan benda atau orang.
   
 

PERATUS

   
·   Menukar pecahan perseratus kepada bentuk peratus.
·   Menyatakan pecayan wajar yang penyebutnya 2, 4, 5, dan 10 dalam peratus.
·   Menukar peratus kepada pecahan dalam bentuk termudah.
·   Menukar sebarang nombor hingga dua tempat perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya.
·   Mencari nilai peratus yang melibatkan wang, timbangan berat, ukuran panjang, isipadu cecair, masa, benda, atau orang.
·   Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan peratus berkaitan dengan benda, orang, wang, markah, panjang, berat, isipadu cecair, dan masa.


GRAF


  •   
    • Mengenal piktograf dan graf palang.
    • Mendapatkan maklumat daripada piktograf dan graf palang.
    • Membina graf yang berkaitan dengan bilangan benda atau orang, wang, ukuran panjang, timbangan berat, isipadu cecair, dan masa.